Assalamualaikum w.b.t
Selamat Sejahtera
Salam perkenalan kepada semua pembaca yang melayari Blog ini. Tujuan utama Blog ini diwujudkan adalah untuk perkongsian maklumat dan perkembangan terbaru perjalanan projek Teleprimary Care (TPC-eKL) khususnya untuk klinik-klinik dalam daerah di negeri Selangor.
Sehingga kini terdapat 15 Klinik Kesihatan di seluruh negeri Selangor yang telah dilengkapi dengan sistem TPC ini, ia termasuklah:
Daerah Gombak
1. KK Selayang Baru
2. KK Sungai Buloh
3. KK Taman Ehsan
Daerah Klang
1. KK Pandamaran
2. KK Bukit Kuda
3. KK Aneka
Daerah Petaling
1. KK Medan Maju Jaya
2. KK Kelana Jaya
3. KK Puchong
4. KK Shah Alam
5. KK Sri Kembangan
Daerah Hulu Langat
1. KK Bangi
2. KK Batu 9
3. KK Kajang
Daerah Sepang
1. KK Salak
Sebarang maklumat dan perkembangan terkini mengenai projek ini akan dikemaskinikan dalam Blog ini secepat mungkin.
Kami amat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjalankan projek ini dan harapan kami semua semoga projek ini dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Tidak lupa juga kepada para pesakit dan pengunjung Klinik-klinik Kesihatan TPC yang sabar mengambil masa yang agak lama dalam proses rawatan disepanjang perjalanan projek ini kerana ia masih diperingkat awal. Kami harap pengunjung akan berpuas hati dan mendapat manfaat yang sepenuhnya apabila projek ini berjaya kelak.
Semoga yang baik berterusan.
Sekian, Terima Kasih.
"TPC - bring health closer to you"
Dicatat oleh
tamhar iniaz
Rabu, 3 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)